Wednesday, February 2, 2011

Majlis pertunangan Kamarul

Hari ini aku cuti. Esok 3 Feb 2011, masyarakat cina akan mula menyambut Tahun baru cina . Jadi disini aku ingin mengambil kesempatan kepada rakan-rakan blog aku ini, selamat bercuti dan kepada rakan-rakan berbangsa Cina pula, Gong Xi Fa Chai.

Bila sudah cuti panjang ini, ada yang ambil kesempatan balik ke kampung. Bagi aku dan isteri , perancangan kami asalnya hendak ke Yan, Kedah bagi mengiringi sepupu isteri iaitu Kamarul bagi rombongan bertunangnya.

Namun malangnya, 'budget' aku bulan ini dah 'burst'. Pergi 'service' kereta kena dalam RM550.
Itu kos bagi menukar timing belt (RM450), Minyak hitam (RM50) dan air-cond belt (RM50). Itu pun aku tak tukar plug, buat balancing & alinement tayar.

Kepada Kamarul.

"sorry la bro. Aku tahu kau sudah booking chalet untuk aku & isteri kat Yan" Nanti bila tiba waktu kau bernikah aku 'make-up' balik. Tahniah diatas majlis pertunanganmu."

Kamarul ini sepupu isteri aku tetapi dia orang Malaysia bukan orang Singapura. Kampung dia dekat dengan sekolah Henry Gurney di Melaka. Dia duda anak tiga macam status aku dulu cuma anak aku 2 orang. Nasib aku dengan Kamarul ada sedikit persamaan sikit iaitu sama-sama kena tinggal bini. Tetapi cerita dia lebih sadis daripada nasib aku.

Tapi tidak perlulah aku ceritakan disini kerana aku tak hendak membuka aib mana-mana pihak. Tiada siapa yang mempunyai pemikiran waras inginkan penceraian terutama sekali apabila sudah mempunyai anak.

Akan tetapi, bila tuhan sudah takdirkan nasib kita begini, kita kena terima, sabar dan berlapang dada akan segala masalah yang mendatang. Pada aku, setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Untuk Kamarul, aku harap dia dapat berterusan bersabar dan bersemangat tinggi seperti yang telah ditunjukkan selama ini. Setiap perkara baik atau buruk pasti akan diuji Allah.


Dalam Surah Al-Anbiya :35 dan surah al-Ankabut :2-3 secara jelas menyatakan :-



Surah Al-Anbiyaa’(21: 35)

A035

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

[Surah Al-Anbiyaa’(21: 35)]




Surah Al-Ankabut(29: 2-3)

A002

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


A003

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

[Surah Al-Ankabut(29: 2-3)]



Dalam Kamarul hendak melangsungkan pertunangan ini, masih ada masalah yang membelenggung hubungan beliau.

Masalahnya, ibubapa perempuan kurang berkenan dengan status Kamarul dan pendapat itu turut dikongsi bersama adik beradik yang lain.

Yang peliknya, adik beradik ini bukan mengambil berat sangat akan adik perempuan mereka yang bongsu itu. Adik beradik yang lain, walaupun duduk berdekatan dengan adik bongsunya itu, tidak pula mereka terfikir hendak mengajak adik bongsu mereka ini untuk tinggal bersama. Tinggal lah adik mereka dirumah sewa bujang sambil berulang alik ke tempat kerja menaiki kenderaan awam. Bertanya khabar pun tidak, hendak memperlawa untuk balik ke kampung di musim perayaan pun tidak. Tidak ada perasaan risau tentang soal keselamatan adiknya yang bongsu itu kah?


Duduklah adik bongsu beliau itu berdikari bersendirian tanpa dibantu darah daging sendiri. Usia beliau pun sudah menjangkau 30-an. Maka apabila Allah telah membuka ruang untuk adik mereka kecapi ini, tidak pula mereka hendak menumpang kebahagiaan itu bersama hanya berdasarkan status seseorang yang tidak memberi manfaat apa-apa.

Jadi amat menjadi suatu kepelikan bagi aku kerana manusia masih menjadikan status suatu kayu ukur kearah menentukan kebahagiaan suatu pasangan.

Kenapa kita lupa akan kuasa yang paling Agung iaitu Allah, Penetap dan Penentu kepada setiap kejadian yang terjadi didalam dunia ini.

Aku amat mempercayai akan hakikat ini bukan kerana agama mengajarkan aku sebegitu, akan tetapi keberkatan itu telah aku rasai apabila aku mengahwini isteriku kini. ( Ayang jangan berasa kembang diri eh!)

Bagi aku, apa yang penting dalam suatu perkahwinan itu ialah hasilnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah kerana tanpa Allah, tiada maknanya suatu kebahagiaan itu. Jika kita lupa Allah, takut nanti Allah akan lupakan kita.

Aku dan isteri amat terkilan sekali kerana tidak dapat menyokong Kamarul dengan bersama-sama menyertai rombongan pertunangan beliau ke sana.

Aku dan isteri berdoa agar pertunangan Kamarul nanti akan berjalan dengan lancar dan seterusnya hubungan mereka disatukan dimajlis pernikahan. Amin !



Rujukan surah didalam web tersebut :

Tuesday, November 23, 2010

Pertandingan Fotografi

Fotografi ini sudah menjadi suatu bahan tarikan buat aku... Trend baru di zaman ni .. Al maklumlah...harga kamera sudah semakin murah... Hari ini surat khabar mengengeluarkan iklan Tabung Pinjaman pelajaran PTPTN untuk pelajar yang ingin buat pinjaman beli kamera... Lepas ini abis melambak lah pengemar-pengemar fotografi di luar sana...

Akan ada yang merungut dek sebab pendapatan yang semakin terjejas akibat kemasukkan ramai pendatang-pendatang baru ke dunia fotografi... Yang bijak pasti boleh memanfaat peluang dengan pembaharuan ini. Dunia semakin berubah, oleh itu kita juga mesti senantiasa berubah untuk menerima pembaharuan.

Akan tetapi, bagi aku perubahan yang paling penting ialah berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sebab titik akhirnya keinginan kita adlah untuk mendapat anugerah syurga.

Pemandangan Grafiti di hadapan rumah aku.




Monday, November 22, 2010

Aku redha...



Setiap kali cuti sekolah, sudah menjadi rutin aku ke Kelantan untuk mengambil anak-anak aku.

Akan tetapi, tahun ini rancanganku terhalang disebabkan halangan-halangan yang tidak dapat aku elakkan.

Mulanya, perasaan aku diselubungi perasaan geram dan marah hinggakan semalam, aku luahkan segala kata nista dan makianku didalam blog aku ini. Cuma aku berbelah bagi nak siarkan atau tidak lalu aku simpankan didalam bentuk 'draft' sahaja. Allahamdulillah, jika kita ingat pada Allah, Allah akan ingat pada kita. Sedikit zikir dan doa boleh mengubati hati yang luka dan mengubat rindu yang mencengkam.

Manusia bila dalam keadaan marah, memang otak tidak boleh hendak berfikir dengan waras disebabkan kuasa fikiran diberikan pada emosi. Setiap anugerah itu daripada Allah. Bila geram, terasa macam hendak berdoa agar Allah menarik kembali anugerahNya itu .... Tapi itu kata orang yang hilang kewarasan...

Hanya dengan sedikit ilmu dan nasihat kawan-kawan yang membuka minda kewarasan. Thanks Mey! Aku setuju... Demi Allah yang menjadikan aku dan mengamanah kepadaku dalam bentuk anak. ---Apa yang penting adalah menjaga amanah tersebut.

Terima kasih jua pada penulis blog menulis artikel2 yang berbentuk nasihat seperti :-
http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/11/pada-manusia-dan-alam-ini.html

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar... semoga golongan penginaya akan mendapat balasan yang sepatutnya kelak.

Tuesday, September 14, 2010

Bankrupt seller - for 1st time property purchaser

General knowledge...

When buying property, one should take some extra precaution to avoid any unpleasant experiences in the future.

A lot of 1st time purchaser like to buy under-construction property because it is cheap. However, the risk of buying such property is that one will sometime not be that lucky in getting a 'conned' type of developer which could resulted one to end up having uncompleted property and a big chunk of debt on their back.

Nevertheless, the article i posted in here is not about buying uncompleted property. The articles is about the risk in buying a secondary property or purchase of completed property from a third party. Enjoy the reading...

Its better to be extra cautious than sorry...

Pls click to image to enlarge...

Monday, September 13, 2010

Suatu peristiwa diluar jangkaan


Hari ini sudah masuk 4 haribulan di bulan Syawal. Pada hari ini aku kena berkerja. Raya pada kali ini aku tak ambil cuti raya langsung. Nak bagi peluang rakan-rakan sekerja aku yang lain beraya lama di kampung halaman masing-masing. Boss aku di Johor, Kak Sarina di Ipoh, Perak dan Awang di Alor Setar, Kedah.


Sepatutnya Awang sudah masuk berkerja hari ini, akan tetapi dia ambil 'MC'. Semalam, dalam waktu Zohor, dia talifon aku, beritahu yang dia berada di Juru dalam perjalanan pulang. Akan tetapi dia sangkut didalam kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di lebuhraya PLUS.


Malam tadi, pukul 1 pagi dia hantar sms mangatakan baru sampai ke rumah. Sebab itu yang tak larat nak masuk pejabat hari ini.


Awang tinggal di Seremban tetapi berkerja di Kuala lumpur. Tiap-tiap pagi dalam pukul 6.30 - 7.00 pagi dia akan menaiki bas dari Terminal 1, Seremban untuk ke pejabat. Kalau lebih dari tempoh itu, maka lambat lah jawabnya. Sian pulak kat aku kat dia ni.


Jadi hari ini, di pejabat cuma ada aku dan Aidil sahaja (budak daripada ' Corporate Planning Dept' ) .





Hari ini bila aku 'screen news' rata-rata cerita mengenai Datuk Sosilawati memenuhi dada-dada akhbar. Kesian aku kat mereka-mereka ini kerana meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Aku sekeluarga memasang harapan yang mereka-mereka ini selamat daripada sebarang musibah akan tetapi bila melihat berita di TV semalam rasa macam tak percaya pun ada.


Paling aku sedih ialah pada pegawai bank CIMB dan juga pemandu pada Datuk Sosilawati kerana mengenangkan mereka ini bukannya pada golongan orang-orang yang berada sangat. Anak-anak pulak masih lagi kecil. Hari raya pun tak dapat nak menikmati bersama. Pada Datuk Sosilawati dan peguamnya pun aku bersedih tetapi lebih kepada bersedih kerana hilangnya umat nabi yang rajin bersedekah dan membayar zakat ke jalan Allah.


Apa-apa pun aku mengajak kita semua untuk sedekahkan Al-fatihah kepada kesemua mangsa yang terlibat dan bacakan sedikit surah Yasin untuk dihadiahkan kepada roh mereka. Semoga kesemua mereka diampunkan dari segala dosa yang ada dan dijauhi daripada segala azab atau keseksaan sama ada didunia mahupun di akhirat. Amin !

Selamat Hari Raya - 2010

Ini cerita mengenai sambutan Hari Raya aku pada 2010 ini.

Tahun ini aku tak balik beraya ke Singapura. Cadangnya hendak bawak mak mertua aku beraya dirumah aku. Malangnya tak kesampaian. Seminggu lepas raya baru aku pergi ambil nanti.

Memandangkan aku cuma beraya di KL sahaja tahun ni, terasa sangat lah nikmatnya. Aku tak perlu nak susah-susah untukbersesak-sesak dijalan raya dengan orang yang nak balik ke kampung.
Oleh kerana itu aku simpan sahaj cuti aku yang masih berbaki 11 hari untuk akhir tahun nanti.
Lepas kerja, sampai rumah, isteri bagi kejutan dengan almari yang baru dia beli di IKEA petang tadi. Itu nampaknya aku jugak lar yang kena pasang tu.

Bermula pukul 6 petang sampai lar malam pukul 11.30 malam baru lar siap aku pasang. Punya lar susah. Apasal lar IKEA ni buat perabut yang jenis susah nak pasang.
Tu dah rasa nak give-up dah tu!... nasib baik tang muka gelap...


Abis kecah satu rumah ...

Siap pasang almari, mata tak rasa nak tidur. Memandangkan esok dah raya, rumah pulak dah jadi macam tongkang pecah, maka berpakat lar aku sama isteri buat 'spring cleaning'. Aku ambil bahagian dapur , dia ambil bahagian ruang tamu. Cuci punya cuci tak sedah jam sudah sampai pukul 3 pagi.

Tahun ini, adik aku yang bongsu beraya di Muar. Abang aku pulak kena kerja. Adik kembar aku pulak tak sampai-sampai. Bila talifom dia kata 'on the way' lepas 1 jam pun masih 'on the way' lagi. Padahal rumah dia 5 minit jer dari rumah aku.
Disebabkan tak cukup kuota maka ini sahaja lah gambar keluarga yang dapat diambil untuk tahun 2010 ini.


Dikesempatan ini juga aku & isteri ingin mengucapkan kepada rakan-rakan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan Batin jika ada.


Kalau berkelapangan, sila jemput data beraya ke rumah...


Rumah pertama yang kami lawati ialah rumah Pak Teh aku di PJ.


Rumah kedua aku pergi ke rumah Datuk Naknam & Nenek Lily. Datukk NakNam ni mantan Presiden M.SUHA iaitu persatuan untuk keturunan dalam moyang aku.

Tahun ni dia 'outsource'. Pasang khemah depan rumah. Al-maklumlah, dia pun dah meningkat usianya...

Rumah ketiga adalah rumah pada bonda Ah Chong (bekas penyanyi kumpulan Sweet Child & sekarang merangkap pelakon) . Mak dia aku panggil Nenek Ipok ...maka dia ni kira pangkat pakcik aku ler.


Rumah keempat adalah rumah abang pada mak aku, Pakcik Rosely. Masa ni dah letih sangat dan perut pun sudah bermain keroncung memulas...so kita bantai tido sekejap... Di rumah Pakcik Rosely, aku kurang sikit ambil gambar sebab banyak masa aku penuhi dengan termenung di bilik termenung nya...

Rumah kelima ialah rumah Nenek Ada...
Rumah keenam adalah Rumah Mashudi, adik kepada mak aku...
Ni cucu dia yang pertama.

Ambil kenangan untuk rumah yang terakhir... itu pun semua dah paksa senyum tu ... mata dah tak l;arat nak angkat dah...


Itu lar caranya aku sambut hari raya pertama di sini....



Wednesday, September 8, 2010



Jalan raya di Kuala Lumpur ini sudah mula lengang. Nampak sangat sudah ramai penduduk di KL ini sudah bercuti dan balik ke kampung. Rakan pejabat bercerita tentang bagaimana beliau tersangkut di lebuhraya MRR2 semalam dari pukul 9 malam hingga 11 malam untuk balik ke rumahnya di Keramat dari Pandan Indah.

Pagi ini, semasa nak pergi kerja melalui Lebuhraya NPE, lancar sahaja perjalanan tanpa ada sangkut-sangkut.

Semalam, sebelum mengerjakan solat Tarawikh, Imam masjid membuat pengumuman satu berita sedih mengenai seorang ahli kariah kami yang telah meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan Duta.

Hj Musa namanya. Aku kurang ingat bagaimana rupanya. Imam ada mengambarkan bagaimana rupa Hj Musa namun aku agak kurang pasti yang mana satu memandangkan ramai ahli kariah yang sudah pun balik ke kampung. Sedekah Al-fatihah kepada beliau.

Semalam kami sempat menunaikan solat hajat kepada ahli kariah yang akan balik ke kampung dan agar rumah-rumah yang ditinggal tidak dimasuki pencuri.

Kepada rakan-rakan yang balik ke kampung, berhati-hati dijalanraya . Yang penting bukan betapa cepat kita sampai, tetapi yang utama ialah kita sampai ke tempat yang kita tujui. .

Akhir kata, Selamat menyabut Ramadan Al-Mubarak & Maaf Zahir & Batin .

Monday, September 6, 2010

Ramadan kian berakhir...

Malam ini adalah hari ke-27 dan malamnya adalah ke-28 di bulan Ramadan. Di pejabat aku, semua rakan-rakan sudah didalam 'mood' raya sambil lagu-lagu raya senantiasa dikemundangkan.

Masing-masing menghitung hari untuk bercuti dan pulang ke kampung.

Bagi aku, tahun ini tak ke mana. Beraya sekitar Lembah Kelang sahaja. Hendak ambil cuti raya pun rasa rugi sahaja.

Tahun ni aku tidak balik beraya di Singapura. Cadangnya aku hendak mengambil mak mertua aku beraya di Shah Alam. Malangnya, dia terasa berat hati nak meninggalkan anak-anak bujang dia di masa hari raya nanti. Risau akan makan dan minum mereka katanya.

Apa nak buat? Naluri keibuaan dia mengatasi segalanya , walaupun anak-anak bujangnya sudah mencecah usia 20thn ke atas.

Untuk aku yang punyai 2 orang anak bujang pada perkahwinan yang pertama, aku faham akan isi hati ibu mertua aku. Kadang-kadang hati terasa juga berhari raya tanpa kehadiran anak-anak. Rindu memang teramat rindu. Nasib baik la ada isteri tercinta yang begitu memahami dan mengubat kerinduan.

Selepas aku berpisah dengan isteri aku dulu, 2 tahun beraya sebagai seorang bujang aka duda, memang lain rasanya. Rasa macam diri tak lengkap. Bila jalan-jalan melawat rumah saudara-mara pun rasa malas aje rasanya. Rasa macam mereka mengata kita. Kalau tengok kemesraan adik-beradik yang lain bersama keluarga, mak ai! rasa syadu pulak!... betullah dalam Al-quran, Allah mengatakan bahawa anak-anak & isteri-isteri itu merupakan suatu nikmat untuk manusia. Maka sesiapa yang berkeluargaan itu, ucaplah syukur kepada Allah kerana memberi nikmat berkeluarga kepada diri mereka. Dia berkuasa untuk memberi dan Dia juga berkuasa untuk mengambil mereka kembali.

Jadi, tahun ini, sudah masuk 4 tahun aku tak beraya bersama anak-anak. Walaupun hari raya tahun ini, sekolah diberi cuti dalam seminggu, tapi kos yang agak tinggi, impian itu aku simpan sahaja lah. Shah Alam - Kota Bharu, bukan suatu jarak yang dekat. Ditambahkan lagi keadaan jalan-raya yang agak sesak semasa musim perayaan ini, aku rasa ini merupakan langkah yang terbaik. Namun begitu bukan bermakna aku tidak berjumpa mereka nanti. Cuti sekolah akhir tahun ini, baru aku boleh pergi mengambil mereka ke rumah aku disebabkan waktunya yang agak panjang.

Aku merasakan didalam banyak-banyak bulan puasa yang telah aku lalui sepanjang 34 tahun aku hidup didunia ini, aku rasa bulan Ramadan tahun ini yang paling bermakna.

Ramadan kali ini hati aku rasa amat sedih pulak yang ia akan berakhir. Kalau dulu, aku bersedih sebab beraya tanpa keluarga tiada disisi, walaupun mak dan bapak akau masih hidup. Tetapi beraya dengan keluarga sendiri ini lain .

Bila Allah menganugerahi jodoh aku kembali, makna Ramadan itu tak sehebat apa yang aku rasakan tahun ini. Isteriku juga bersependapat denganku.

Pada bulan Ramadan ini aku dapat melaksanakan solat terawikh dengan amat mudah hinggakan kita rasakan kalau malam tanpa solat terawikh dirasakan macam ada yang kurang.

Isteriku juga dapat melaksanakan aktviti mengaji secara bertadarus dan baru sahaja menamatkan majlis khatam Al-quran pada hari Ahad, 5hb Sept yang lalu. Melalui aktiviti bertadarus, beliau mula mendapat ramai kawan-kawan di kawasan khariah tempat tinggal aku hinggakan semasa beliau mendapat nikmat keuzuran, rakan-rakan dia kat Masjid akan merasa rindu akan kehadiran dia.

Semuanya bermula Allah menguji aku dan isteriku dengan suatu masalah yang amat membebankan sebelum tibanyaRamadan. Masuk hari pertama berpuasa, demi mengurangkan beban masalah yang kami alami, aku cadangkan pada isteriku supaya kita berbuka puasa diMasjid. Oleh kerana isteriku tidak pernah berbuka dimasjid sepanjang hidupnya jadi dia pun bersetuju. Bermula dari situ... kami dapat sentiasa beriktikaf dimasjid, mengaji, menunaikan solat-solat sunat & Qiyamulaill.

Aku rasa, selain dari rahmat Allah, rahsia untuk mendapat nikmat Ramadan, terletak pada tindakan kita untuk meninggalkan segala aktiviti hiburan berberbentuk TV & internet.

Berbuka dimasjid bukan sahaja menjimatkan, malahan dapat menjaga mata daripada mengharungi bazar-bazar Ramadan yang penuh dugaaan.

Bulan ini juga kau mula mengenali siapa itu Uwais Al-Qarni.

Aku cuma berharap selepas perginya Ramadan ini nanti dan hadirnya bulan Syawal, aku dan isteri dapat mengekalkan tabiat baru yang kami perolehi didalam mengerjakan amalan sunat ke bulan-bulan yang lain hingga tiba bulan Ramadan ini lagi. InsyaAllah.

Aku berdoa semoga Allah menerima doaku iaitu dengan mengampunkan segala dosa kedua ibubapaku, kedua ibubapa mertuaku, datuk-datuk, nenek-nenek, saudara-mara, guru-guru, rakan-rakan, umat nabi muhammad keseluruhannya, diriku, isteriku dan anak-anakku.

Semoga Allah menjauhi kami dari azab api neraka dan mengkurniakan kami dengan nikmat syurgaNya. Amin!!

Majlis penutup Tadarus bagi kaum Hawa.


Kumpulan Tadarus Isteriku.


Keseluruhan kumpulan Tadarus bagi kaum Hawa untuk Masjid Baitul Mahabah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...