Tadi terbaca didalam blog Azzeyatin tentang kes penipuan mengenai telur tiruan di Penang. Laman web Laman KL-Today.com turut menyiarkan artikel yang sama berserta gambar yang berikut :-
Mari kenal pasti ciri-ciri telur tiruan tersebut untuk mengelakkan diri menjadi mangsa.
"Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar."
Bila aku google berkaitan hal ini, rupanya memang senang sangat hendak membuat telur tersebut. Di laman blog ini ada mencatatkan cara-cara ia dibuat. (Sila klik)
Harap-harap nanti takde lar kenduri kahwin, orang pakai telur tiruan itu untuk bunga telur dek kerana nak 'save budget' nanti. Kalau nak buat jugak mungkin tak salah, tapi tolong sertakan notis amaran yer...