Showing posts with label Persatuan penduduk. Show all posts
Showing posts with label Persatuan penduduk. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Persatuan penduduk Jalan Pangsun & Jalan Rinching

- Gambar selepas tamat majlis hari raya untuk penduduk pada 25 Sept 2011


Ini adalah sebahagian ahli didalam jawatankuasa penduduk untuk Jalan Pangsun & Jalan Rinching.

Persatuan penduduk ini mulanya ditubuhkan bagi membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan kediaman kami. Selain menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan hubungan dikalangan jiran tetangga, persatuan penduduk ini juga ada membuat rondaan secara sukarela pada malam hari untuk mengekang aktiviti pecah rumah yang kerap berlaku dikawasan perumahan kami.

Sumbang mereka ini amat dihargai. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dengan ganjaran pahala yang besar.

Ayah aku adalah salah seorang daripada jawatankuasa ini. Oleh itu secara tak langsung aku pun terbabit sama didalam menyumbang tenaga didalam perkara-perkara yang didalam kemampuan aku.

Perjuangan utama untuk tahun ini adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada majoriti penduduk untuk mengadakan kutipan wang bagi membiayai kos pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman kami.

Seterusnya mengutip dana untuk membiayai kos pagar bagi menjadikan kawasan kami 'gated community'.

Ia adalah satu cabaran yang sukar kerana bukan semua penduduk disini sukakan idea tersebut memandangkan tidak semua mendiami rumah disini tetapi menyewakan pada orang lain. Lebih-lebih lagi ia melibatkan kos bayaran bulanan.

Namun, kami berdoa agar usaha kami ini akan berjaya supaya kami nanti akan dapat menikmati kemudahan kediaman kami dengan lebih selamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...