Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Aku pernah mencuba 'trekking' hutan di 'Awana Genting Highlands trail' sebelum ini semasa menyertai pertandingan fotografi 'Flora & Fauna' anjuran Resort World Genting Highland. Trek hutan dia memang teramatlah menarik. Sepanjang 'trail' anda akan dapat
melihat pelbagai spesis fauna & fauna yang tidak pernah kita jumpa pun sebelum ini. Masa aku 'trekking' aku jumpa ulat bulu berwarna sebesar ibu jari dan panjangnya dalam lingkungan 1 kaki dan juga spesis pepatung yang sedang mengawan. Siapa yang suka ambil gambar 'makro' ? tempat itu memang macam syurga !.. Anda pasti akan terleka.
Trek yang aku ikuti sebelum ini dalam 1/2 jam perjalanan. Namun bagitu, kami meluangkan masa selama 1 jam disana kerana asyik memetik kamera
untuk merakamkan gambar-gambar yang menarik.
Tempat tersebut sebenarnya punyai banyak trek mengikut tahap cabaran dan tahap kesusahan yang berbeza-beza. Akan tetapi untuk aku yang cuma berminat nak bersantai-santai sambil bergambar, trek yang singkat-singkat ini cukuplah. Tempat sebegini memang baik untuk kita melepaskan sedikit ketegangan didalam hidup dan kesibukan d
ikota.
Kalau anda ada masa lapang, saya amat-amat sarankan anda untuk pergi ke sana dan sertai 'Bird watching trail' yang diadakan pada tarikh yang dinyatakan dibawah. Bawak sekali keluarga awak sekali. Tetapi, sebelum pergi, pastikan anda daftarkan diri anda dahulu untuk pertandingan tersebut dan sediakan 2 keping gambar untuk pas kemasukan bersama bayaran sebanyak RM10. Masa 'trekking' nanti tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran penyertaan itu bertujuan untuk membeli insuran perlindungan kepada diri memandangkan aktiviti-aktiviti sebegini kita tidak tahu bila kemalangan bakal menjeguk kita.
Aku rasa, setakat RM10 itu nilainya kecil berbanding dengan pengalaman yang bakal diperolehi. Cuma nasihat aku bila membuat tempahan untuk sertai 'tour guide bird watching trail' itu pastikan anda kenal dengan siapa awak berurusan, siapa nama 'guide', dan 'confirm' sekali lagi akan penyertaan awak sehari sebelum awak nak pergi. Bukan apa, takut-takut bila kita sudah berada disana, 'guide' pulak takda. Masa itu 'trip' kita akan menjadi sia-sia.
Masa yang terbaik untuk pergi kesana adalah pada waktu pagi kerana pada masa itu banyak burung-burung akan keluar untuk mencari makan. Jika sudah menjelang tengahari, agak sukar untuk anda mencari kelibat burung pada masa itu. Tapi kalau 'target' awak hendak 'snap' gambar flora, anda pasti tidak akan kecewa kerana spesis faunanya memang pelbagai.
Aku tak ingat mana gambar-gambar yang aku ambil dulu. Banyak sangat 'storage' aku gunakan untuk simpan gambar-gambar yang aku ambil. Kenapa aku tak letakkan gambar-gambar aku dalam satu 'storage' ? Bukan tak mahu. Masalahnya alat 'storage' yang aku gunakan meng
alami sedikit kerosakan. Tapi gambar masih boleh 'recover' cuma takda tempat ganti untuk disimpan. Nak ganti baru kena tunggu ada budjet dulu lar. Kalau aku jumpa gambar-gambar tersebut, Insya Allah akan aku kongsikan disini.

Sila klik pada gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut.



