Showing posts with label Kata-Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata-Kata Hikmah. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Muhasabah diri

Gambar diambil di dalam kereta semasa perjalanan ke Sungai Congkak -31 Januari 2009

Aku sebenarnya tak ada 'mood' hendak berblog hari ini. Otakku penat. Di pejabat, kerja mula menimbun. Fungsi dan peranan jabatan aku semakin berkembang maka tuntutan terhadap prestasi makin tinggi.

Aku merindukan saat diluar bersama kamera merakamkan kehidupan. Satu alat untuk menghentikan masa walau hakikatnya masa tidak pernah berhenti berlalu.
Cermin...Cermin kehidupan... sekerap mana kita menggunakan untuk mencantikkan penampilan dan memperkemaskan diri sesekali kita cermin-cermin kan jua pada akhlak dan akidah kita pada yang Esa. Sejauh mana kita telah menunaikan hak Allah sebagai Tuhan yang Esa, Tuhan kepada segala makhluk dan Tuhan kepada segala insan.

Hari ini isteri bercerita tentang ilmu yang diperolehinya semasa kelas agama. Ustaznya berkata, "orang yang beriman, yang mana ia beramal dan beriman dengan agama dengan kuat, tetapi jika tidak menegur kemaksiatan yang berlaku didepan matanya walaupun ia berkuasa untuk melakukannya, diakhirat kelak, sedang ia hendak melangkah masuk ke syurga, malaikat akan menariknya keluar lalu dicampakkan ke dalam neraka. Hanya kerana, orang yang membuat maksiat tadi mengadu kepada Allah bahawa si polan itu ada semasa dia melakukan maksiat tapi tidak menegur akan perbuatannya itu walaupun berkuasa untuk melakukannya.

Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menegur sebarang pelanggaran maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Sama ada ia perbuatan kita itu akan dapat menghentikan kemaksiatan itu atau tidak, itu tidak penting kerana setiap perkara itu berlaku dengan keizinan dan kehendak Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang menerima hidayahnya dan siapa yang tidak. Oleh itu, mari kita sama-sama laksanakan tanggungjawab itu mengikut kemampuan kita.

Monday, February 7, 2011

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut.

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku.

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...