Cuti untuk tahun baru cina ini yag jatuh pada 2 - 3 Feb 2011, memang panjang. Ditambah pula aku yang berkerja di Kuala Lumpur, pada 1 hb Feb, cuti hari wilayah pula, maka bertambah-tambah panjang lah cuti aku.
Walaupun cuti panjang, aku tak lah ke mana-mana sangat. Al-maklumlah, nak berjimat-cermat. Jadi banyak masa, aku habiskan dengan menonton Tv dan bermain game. Sambil-sambil tu bila rasa rajin sikit, kemas lah rumah apa yang patut. Ini bukan contoh yang baik dalam menggunakan masa.
Masa pergi ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat, kebetulan , sambil-sambil menunggu waktu solat tiba, seorang ustaz menyampaikan tazkirah mengenai penggunakan masa.
Katanya, umat Islam sekarang kena beringat. Masa kita didunia ini, singkat. Allah cuma memberi 1% rahmatNya di dunia manakala 99% rahmat yang lain terdapat di syurga di akhirat kelak. Oleh itu umat Islam kena senantiasa mengingati Allah, dengan memperbanyakkan beribadah kepadanya seperti memelihara solat.
Disamping itu, umat islam diingatkan jangan mengabaikan diri daripada bekerja keras di dalam mencari rezeki didunia ini kerana dengan meraih rezeki yang melimpah ruah, mereka seterusnya boleh melaksanakan berzakat. Dengan itu agama islam akan lebih teguh dan kuat.
Sesungguhnya Allah ada berfirman di dalam (surah al-Asr 103:1-3)
Demi Masa !
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sedikit rujukkan mengenai maksud surah Al Asr.
1. Rujukan 1 : Blog Ibnu' Ismail
2. Rujukan 2 : Blog Halaqah Islam untuk semua
3. Rujukan 3 : Blog Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma Melaka)
Sebagai manusia, kita ini memang mudah lupa. Bukan sebab kita seorang melayu, cina atau india atau dll. Hakikatnya manusia memang mudah lupa kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah tuhan yang satu. Sekarang ini banyak cabaran
Baru-baru ini, diSingapura kecoh apabila Menteri Mentornya Lee Kwan Yew mengeluarkan kenyataan supaya masyarakat Islam Singapura lebih tidak terlalu berpegang teguh ('to be less strict') kepada ajaran agama untuk memudahkan integrasi antara kaum lebih sempurna dan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti membenarkan perkahwinan campur, soal makanan.
*( MM Lee had urged the MMC to be less strict in their practice of Islam in order to facilitate integration, and in relation to the issue of gaps between the MMC and other communities in Singapore, where MM Lee opined that the MMC will never catch up with the other communities)
Saya bukan ingin memperbincangankan isu ini secara mendalam lebih-lebih lagi ia telah banyak diperdebatkan diluar. Lagi pun minat aku terhadap politik bukannya tinggi. Aku melihat semua ini sebagai perkembangan didalam membangkitkan kesedaran terhadap agama Islam. Sesuatu bangsa itu akan bangkit didalam hiruk pikuk konfrontasi yang hebat.
Baru-baru ini aku membaca sebuah buku diberi nama Yakjuj & Makjuj : Bencana di sebalik gunung tulisan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko iaitu seorang pensyarah dan pengkaji di Jabatan Daerah & Perancangan Bandar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Brawijaya, Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Buku tersebut boleh dikatakan amat berat pembacaannya memandangkan banyak sumber-sumber rujukannya diambil daripada Al-Quran, Taurat dan Injil. Isinya dikupas dan digarap secara ilmiah dan kadang-kadang kita memerlukan sedikit kefahaman dari aspek sejarah teologi dan kajian klasik.
Saya belum menghabiskan pembacaan buku tersebut sepenuhnya. Cuma disini saya ingin menyentuh tentang satu isu yang disebut didalamnya iaitu mengenai pembohongan yang diutarakan oleh golongan Evangelist atau mubaligh-mubaligh kristian yang mengatakan bahawa Yakjuj & Makjuj adalah gabungan daripada bangsa Arab yang akan menyerang Israel pada akhir zaman. (rujukan m/s- 310-Yakjuj & Makjuj : Bencana di sebalik gunung )

Hasil daripada kefahaman tersebut, aku pasti kini menjadi kebimbangan yang besar kepada pihak-pihak berkenaan apabila dunia arab mengalami kebangkitan rakyat bermula dengan Tunisia, Mesir, menular ke Algeria dan Sudan.
Marilah kita perbanyakkan ibadah kepada Allah kerana kiamat itu adalah pasti cuma persoalannya bila?