Saturday, May 11, 2013

Mengisi masa bagi cuti yang panjang



Aku dah seminggu bercuti. Tengah 'study leave' . Kena  're-sit paper' untuk program Certified Islamic Finance Professional (CIFP) di INCEIF. Last sem aku kantoi disebabkan lecturer tak terima assignment yang aku dah hantar. Silap aku jugak tak periksa dengan dia.

Hari ini bawa isteri ke Kompleks PKNS sebab dia nak cari buku untuk buat modul latihan untuk kem cuti sekolah nanti. Sampai di Kompleks PKNS, kami bersarapan sekejap di warung nasi lemak yang terletak dekat dengan Restoran FC. Warung ini best, sebab harga makanannya yang murah. Di zaman harga barang meningkat dari hari ke hari ini, tempat yang menawarkan harga murah untuk produk & perkhidmatan amatlah  dihargai.

 

Kami sampai pukul 10.00 pagi, suasana sekitar dah ramai orang. Parking dah penuh hinggakan ramai yang meletakkan kereta di bahu jalan. Mulanya risau tak dapat tempat untuk 'park' kereta, pergi ke bahagian basement, Alhamdulliah... banyak kosong. Rupanya ramai tak tahu yang hari minggu, kereta awam boleh letak kereta di bawah. 

Menu sarapan, nasi lemak paru, nasi lemak telur, air Horlick, air suam & tahu sumbat, semuanya RM8.10 tapi Taukeh bagi diskaun 10 sen. Pergi ke kedai Saba' Islamic di tingkat satu tapi malangnya kedai tak bukak lagi walau pun di pintu tercatat waktu operasi -Isnin ke Sabtu   pukul 10.00 hingga 8.30 malam. Isteri talifon pemilik kedai, dia kata bukak hari ini tapi mungkin budak dia keluar minum atau ke tandas. Kalau dah pukul 11.00 pagi takkan pergi keluar minum. 

Malas nak tunggu kami ke MPH di SACC mall. Suasana di luar bangunan amat panas, masuk ke dalam SACC Mall, hmmm nyaman... mula la terdetik dihati, "kalau kat rumah aku air-cond sebegini kuatkan bagus" ... tapi bila fikir bil elektrik melonjak akhir bulan nanti, tanam balik impian itu. 

Banyak buku-buku agama yang menarik di MPH. Rasa macam nak beli, tapi budget tak ada. Lagipun dirumah banyak lagi buku aku tak baca. Asyik menghadap facebook, mana nak bukak... Kena work out sikit dengan time management aku.

Dalam banyak-banyak buku itu, aku tertarik dengan satu buku - Syurga Yang Suram, Neraka Yang Indah... tajuk yang berunsur sindiran...

Belik isi kandungannya, satu ayat memetik hatiku yang aku kongsikan bersama isteri. 

"Di syurga nanti, ahli syurga akan diberi istana, di dalam istana tersebut terdapat 70 ribu rumah, di dalam rumah terdapat 70 ribu bilik, setiap bilik ada 70 kamar, setiap kamar ada 70 pelamin, Setiap pelamin ada 1000 tilam, setiap tilam akan ada seorang Bidadari .... 

Isteriku mula bersuara... "Hah, dah tau dah nak kata apa,  tapi takpe, bila di syurga kita jadi ketua semua bidadari... " 

Hahaha... baru nak susun ayat dia dah pangkah niat aku nak cakap apa.  Aku teringat akan suatu ceramah yang  aku hadiri, ustaz kata " kalau lelaki di Syurga akan dihadiahkan bidadari yang rupawan, wanita Syurga pula dihadiahkan dengan 70,000 persalinan dan 70,000 macam cadar katil. Itulah fitra manusia, kelihatan sama, tapi punyai impian dan hasrat berbeza. Maka kalau para suami diluar sana ada yang pasang impian untuk berbini dua atau lebih... Kalau agak-agak boleh bagi 70,000 persalinan itu, silakan. Kalau tak satu cukup lah... Yang paling penting, fokus kita untuk berusaha untuk mendapat ganjaran syurga kerana di dunia ini cuma nikmat yang sementara. 

Di dalam buku tersebut ada tercatat- Bau wangi bidadari boleh dibau pada jarak seribu tahun jauhnya. Namun begitu ada tujuh golongan akan tidak dapat menikmati bau tersebut iaitu:-
- Orang yang derhaka
- Orang yang memutus silaturahim
- Orang tua yang penzina
- Jaziyah (Orang yang tak merasa kenyang dengan nikmat dunia)
- Orang yang menabur fitnah

Lagi dua aku dah lupa... sebab sekarang dah pukul 3 pagi. Ok ni dah ngantuk dah ni. Otak dah jem maknanya aku kena tidur.. nanti subuh takut tak bangun.  Nanti kalau aku beli buku tersebut akan aku ulaskan isi kandungannya disini. Salam bahagia & mari kita berusaha menjadi ahli syurga. Amin... 


Thursday, May 2, 2013

Kembali ke dunia Blogger ?

Sudah lama dah aku tak menulis dalam blog ni. Banyak sangat kekangan yang melanda dan kesibukkan dunia yang perlu ditempuhi. 

Saat negara sedang dilanda peperangan pilihanraya ke 13, saat diriku tengah kepeningan untuk menempuh peperiksaan pada 9 Mei ini, saat kesibukan tugas2 di pejabat, saat aku merisaukan pelajar2 tuisyenku dan saat diriku teramat merindui anak2 yang tiada disisi, tak ku sangka blogku ini menjadi suatu 'escapism' buat diriku.

Saat masa menjangkau ke pukul 3 pagi... otak & mataku masih lagi segar. Macam manalah agaknya aku nak menahan mata agar tidak terkatup dipejabat nanti... hmmm... Isteriku sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Esok beliau akan keluar ke pejabatnya seawal 7.30 pagi. Tidur yang cukup amat penting kerana beliau akan berhadapan dengan karenah anak2 kecil 'Brainey Bunch' atau aku lebih suka gelarkan sebagai golongan ahli2 syurga hatta kerana jiwa mereka yang suci bersih. 

Politik, suatu benda yang aku tak berapa suka tapi perlu juga tahu. Terlalu banyak fitnah bertebaran, terlalu banyak penipuan dicanangkan dan terdapat banyak penindasan menyelubungi tindak-tanduk perjalanannya. Aku, sebagai insan yang kerdil hanya dapat memanjatkan doa agar Allah memberi kemenangan kepada pihak yang benar. Semoga Islam akan dapat ditinggikan dibumi Malaysia ini. Sesungguhnya kezaliman itu lemah. Semoga Allah memperbaiki segala urusan diriku dan semua kenalan2ku dan juga memperbaiki pegangan agama kami dan juga amal ibadat kami ...Ameen. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...