Friday, September 30, 2011

Ku panjangkan doaku kepadamu Ya Allah...

Hari Jumaat , waktu kerja aku tamat pukul 4.45 ptg. Sampai rumah, isteri aku masih tak balik lagi. Beliau ke Pasaraya Mydin bersama sepupu aku, Alis membeli sedikit barang dapur.

Hari ini, isteri aku akan berpindah pejabat yang disewanya dari Menara Kenanga di Jalan Sultan Ismail ke sebuah pejabat baru di seksyen 26, Shah Alam. Selain kedudukannya yang dekat dengan rumah, kos sewanya juga agak murah. Cuma yang kurang adalah beberapa peralatan pejabat dan keadaan bau yang kurang menyenangkan yang boleh diperbaiki.

Jadi hari ini, abis semua barang dipejabat lama telah diangkutnya. Esok akan bermulanya operasi mencuci pejabat tersebut. Satu kontraktor telah dilantik untuk menguruskannya iaitu aku sebab perkhidmatan yang aku berikan adalah percuma. Sekadar bantuan kecil menyokong pekerjaan baik orang yang kita sayang, dan juga tanda kasih kita yang tidak berbelah bagi... Cheeaa wah.. .

Tak tahu sempat atau tidak nak bereskan kerja-kerja pembersihan tersebut memandangkan Alis menjemput kerumah pada sebelah malam sempena jamuan hari raya untuk rakan-rakannya walaupun bulan syawal sudah pun berakhir.

Dia suruh isteri dan aku hadir dan bagi memastikan kami berdua hadir, dia kirim isteri aku untuk belikan roti kirai untuk untuk majlis tersebut

27hb September yang lalu adalah harijadi isteri. Tapi usia tak leh lah aku nak nyatakan disini. Sensitif. Terima kasih kapada kawan-kawan yang memberi ucapan selamat hari jadi. Cuma sekarang nak mintak rakan-rakan doakan agar aku dan isteri dimurahkan rezeki nanti dengan dikurniakan zuriat untuk tahun ini.

Aku tak sambut sangat hari jadi isteri tahun ini sebab budget ada sedikit lari. Itu pun aku belanja dia pergi makan KFC guna kupon hot tiket yang bagi ayam free...Nasib baik isteri faham.

Sebenarnya, sekarang kami berdua memang tengah berusaha kuat untuk dapatkan anak. Setiap kali melawat rakan-rakan yang mendapat anak yang baru, aku tengok sayu aje isteri aku. Maklumlah usia ni kian meningkat. Padahal dia ini, sangat sukakan kanak-kanak dan amat pandai melayan mereka.

Pelbagai cara dah dilakukan, daripada jumpa doktor pakar terkenal di Bukit Antarabangsa, pergi buat operation untuk betulkan rahim, kemudian buat proses persenyawaan. Semuanya tak berhasil . Nak cerita proses-proses itu pun naik malu aku... Padahal doktor mengatakan kami berdua tiada masalah apa-apa. Ni semua nak buat duit aje... Nasib baik tak buat IVF.... pasti kering duit kocek kami nanti.

Apa-apa pun ini semua pengalaman. Aku boleh katakan bahawa aku dah merasai perjalanan didalam dua dunia. Dunia yang mudah mendapat zuriat dan dunia yang sukar untuk mendapat zuriat. Sekurang-kurangnya aku lebih memahami akan perasaan orang-orang yang melalui pengalaman sebegini.

Sekarang, aku dan isteri tengah berubat dengan seorang bidan di Singapura. Boleh katakan tiap-tiap hari Jumaat aku akan balik ke Singapura untuk berubat dengan beliau. Itu yang lari budget tu. Kena pulak musim raya. Tahun ini aku nak pergi beraya di rumah sedara mara di KL pun nak kena tengok dulu. Nak jaga budget punya pasal.

Masa isteri ceritakan pada mak bidan bahawa isteri ada buat pembedahan untuk betulkan rahim, beliau marah sebab beliau mengatakan itu semua tidak perlu. Itu cuma doktor nak buat duit jer. Urut sahaja sebenarnya jawapannya. Bila beliau urut beliau dapati kedudukan yang dibuat pun tidak berapa betul. Jadi sekarang ini beliau kena urut isteri untuk perbetulkan kedudukan rahim dan urat-urat di dalam badan.

Untuk aku, treatment dia senang jer... dia suruh aku minum air kopi bercampur dengan gula Melaka. Tapi ini bukan kopi dan gula Melaka sebarangan. Bahan-bahan itu sebelum itu telah dibacakan doa oleh makcik tersebut.

Selain itu, kami juga disuruh minuman air mineral yang telah dibacakan yasin & doa oleh anak-anak yatim tahfis disana. Ini memang betul-betul pengalaman berharga buat aku. Tak pernah terlintak difikiran akau untuk mengalami perjalan hidup sebegini.

Sebenarnya aku dan isteri redha dengan ketentuan kami. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Cuma kali ini kami berdoa agar usaha kami kali ini berhasil.

Untuk anakku Imran dan Iman, jika suatu hari nanti, kalau Imran dan Iman membaca coretan ini, abah nak beritahu bahawa abah sentiasa rindukan kalian berdua. Mama juga begitu. Dulu masa bercerai dengan ummi, orang tanya kenapa abah taknak ambil hak penjagaan imran dan iman. Jawapannya kerana abah berpegang kepada hadis dan al quran yang mengatakan bahawa asuhan ibu itu adalah lebih baik. Imran dan Iman masa itu masih kecil. Kedua, abah tidak mahu memisahkan kamu berdua. Jadi kamu berdua kena mempunyai hubungan yang akrab.

Setiapkali abah talifon Imran, satu patah abah tanya, satu patah Imran jawab. Sedih jugak abah. Cuma kadang-kadang abah sedih sebab abah tak dapat nak berkongsi banyak ilmu yang abah ada pada Imran dan Iman.

Jadi kalau nanti ditakdirkan Imran dan Iman dapat adik lagi, abah harap Imran dan Iman akan menjaga adik kamu dan punyai hubungan yang akrab dengan mereka.





Wednesday, September 28, 2011

Persatuan penduduk Jalan Pangsun & Jalan Rinching

- Gambar selepas tamat majlis hari raya untuk penduduk pada 25 Sept 2011


Ini adalah sebahagian ahli didalam jawatankuasa penduduk untuk Jalan Pangsun & Jalan Rinching.

Persatuan penduduk ini mulanya ditubuhkan bagi membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan kediaman kami. Selain menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan hubungan dikalangan jiran tetangga, persatuan penduduk ini juga ada membuat rondaan secara sukarela pada malam hari untuk mengekang aktiviti pecah rumah yang kerap berlaku dikawasan perumahan kami.

Sumbang mereka ini amat dihargai. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dengan ganjaran pahala yang besar.

Ayah aku adalah salah seorang daripada jawatankuasa ini. Oleh itu secara tak langsung aku pun terbabit sama didalam menyumbang tenaga didalam perkara-perkara yang didalam kemampuan aku.

Perjuangan utama untuk tahun ini adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada majoriti penduduk untuk mengadakan kutipan wang bagi membiayai kos pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman kami.

Seterusnya mengutip dana untuk membiayai kos pagar bagi menjadikan kawasan kami 'gated community'.

Ia adalah satu cabaran yang sukar kerana bukan semua penduduk disini sukakan idea tersebut memandangkan tidak semua mendiami rumah disini tetapi menyewakan pada orang lain. Lebih-lebih lagi ia melibatkan kos bayaran bulanan.

Namun, kami berdoa agar usaha kami ini akan berjaya supaya kami nanti akan dapat menikmati kemudahan kediaman kami dengan lebih selamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...