Malam ini adalah hari ke-27 dan malamnya adalah ke-28 di bulan Ramadan. Di pejabat aku, semua rakan-rakan sudah didalam 'mood' raya sambil lagu-lagu raya senantiasa dikemundangkan.
Masing-masing menghitung hari untuk bercuti dan pulang ke kampung.
Bagi aku, tahun ini tak ke mana. Beraya sekitar Lembah Kelang sahaja. Hendak ambil cuti raya pun rasa rugi sahaja.
Tahun ni aku tidak balik beraya di Singapura. Cadangnya aku hendak mengambil mak mertua aku beraya di Shah Alam. Malangnya, dia terasa berat hati nak meninggalkan anak-anak bujang dia di masa hari raya nanti. Risau akan makan dan minum mereka katanya.
Apa nak buat? Naluri keibuaan dia mengatasi segalanya , walaupun anak-anak bujangnya sudah mencecah usia 20thn ke atas.
Untuk aku yang punyai 2 orang anak bujang pada perkahwinan yang pertama, aku faham akan isi hati ibu mertua aku. Kadang-kadang hati terasa juga berhari raya tanpa kehadiran anak-anak. Rindu memang teramat rindu. Nasib baik la ada isteri tercinta yang begitu memahami dan mengubat kerinduan.
Selepas aku berpisah dengan isteri aku dulu, 2 tahun beraya sebagai seorang bujang aka duda, memang lain rasanya. Rasa macam diri tak lengkap. Bila jalan-jalan melawat rumah saudara-mara pun rasa malas aje rasanya. Rasa macam mereka mengata kita. Kalau tengok kemesraan adik-beradik yang lain bersama keluarga, mak ai! rasa syadu pulak!... betullah dalam Al-quran, Allah mengatakan bahawa anak-anak & isteri-isteri itu merupakan suatu nikmat untuk manusia. Maka sesiapa yang berkeluargaan itu, ucaplah syukur kepada Allah kerana memberi nikmat berkeluarga kepada diri mereka. Dia berkuasa untuk memberi dan Dia juga berkuasa untuk mengambil mereka kembali.
Jadi, tahun ini, sudah masuk 4 tahun aku tak beraya bersama anak-anak. Walaupun hari raya tahun ini, sekolah diberi cuti dalam seminggu, tapi kos yang agak tinggi, impian itu aku simpan sahaja lah. Shah Alam - Kota Bharu, bukan suatu jarak yang dekat. Ditambahkan lagi keadaan jalan-raya yang agak sesak semasa musim perayaan ini, aku rasa ini merupakan langkah yang terbaik. Namun begitu bukan bermakna aku tidak berjumpa mereka nanti. Cuti sekolah akhir tahun ini, baru aku boleh pergi mengambil mereka ke rumah aku disebabkan waktunya yang agak panjang.
Aku merasakan didalam banyak-banyak bulan puasa yang telah aku lalui sepanjang 34 tahun aku hidup didunia ini, aku rasa bulan Ramadan tahun ini yang paling bermakna.
Ramadan kali ini hati aku rasa amat sedih pulak yang ia akan berakhir. Kalau dulu, aku bersedih sebab beraya tanpa keluarga tiada disisi, walaupun mak dan bapak akau masih hidup. Tetapi beraya dengan keluarga sendiri ini lain .
Bila Allah menganugerahi jodoh aku kembali, makna Ramadan itu tak sehebat apa yang aku rasakan tahun ini. Isteriku juga bersependapat denganku.
Pada bulan Ramadan ini aku dapat melaksanakan solat terawikh dengan amat mudah hinggakan kita rasakan kalau malam tanpa solat terawikh dirasakan macam ada yang kurang.

Isteriku juga dapat melaksanakan aktviti mengaji secara bertadarus dan baru sahaja menamatkan majlis khatam Al-quran pada hari Ahad, 5hb Sept yang lalu. Melalui aktiviti bertadarus, beliau mula mendapat ramai kawan-kawan di kawasan khariah tempat tinggal aku hinggakan semasa beliau mendapat nikmat keuzuran, rakan-rakan dia kat Masjid akan merasa rindu akan kehadiran dia.
Semuanya bermula Allah menguji aku dan isteriku dengan suatu masalah yang amat membebankan sebelum tibanyaRamadan. Masuk hari pertama berpuasa, demi mengurangkan beban masalah yang kami alami, aku cadangkan pada isteriku supaya kita berbuka puasa diMasjid. Oleh kerana isteriku tidak pernah berbuka dimasjid sepanjang hidupnya jadi dia pun bersetuju. Bermula dari situ... kami dapat sentiasa beriktikaf dimasjid, mengaji, menunaikan solat-solat sunat & Qiyamulaill.
Aku rasa, selain dari rahmat Allah, rahsia untuk mendapat nikmat Ramadan, terletak pada tindakan kita untuk meninggalkan segala aktiviti hiburan berberbentuk TV & internet.
Berbuka dimasjid bukan sahaja menjimatkan, malahan dapat menjaga mata daripada mengharungi bazar-bazar Ramadan yang penuh dugaaan.
Bulan ini juga kau mula mengenali siapa itu Uwais Al-Qarni.
Aku cuma berharap selepas perginya Ramadan ini nanti dan hadirnya bulan Syawal, aku dan isteri dapat mengekalkan tabiat baru yang kami perolehi didalam mengerjakan amalan sunat ke bulan-bulan yang lain hingga tiba bulan Ramadan ini lagi. InsyaAllah.
Aku berdoa semoga Allah menerima doaku iaitu dengan mengampunkan segala dosa kedua ibubapaku, kedua ibubapa mertuaku, datuk-datuk, nenek-nenek, saudara-mara, guru-guru, rakan-rakan, umat nabi muhammad keseluruhannya, diriku, isteriku dan anak-anakku.
Semoga Allah menjauhi kami dari azab api neraka dan mengkurniakan kami dengan nikmat syurgaNya. Amin!!

Majlis penutup Tadarus bagi kaum Hawa.