Kebiasaanya, aku didalam mengharungi bulan Ramadan pada tahun-tahun yang sebelum ini boleh dikatakan kurang mendapat mafaat. Al-Maklumlah, solat sunat terawikh kadang-kadang ada yang tertinggal.
Nabi ada bersabda bahawasanya ramai orang berpuasa dibulan Ramadan tapi malangnya hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja.
Maka untuk bulan puasa tahun ini, aku dan isteri punya keazaman yang berbeza berbanding dengan tahun-tahun kami sebelum ini.
Hari ini sudah masuk hari ketiga umat islam berpuasa. Tahun ini cuaca agak mencabar kerana cuacanya agak panas berbanding biasa. Aku setiap kali berulang-alik dari rumah ke tempat kerja menggunakan motosikal, terasa akan bahang luar biasa yang menguji kesabaran dibulan yang mulia ini.
Tetapi, hari ini, di Kuala Lumpur, kepanasannya agak reda sedikit kerana dilimpahi dengan kehadiran hujan.
Tahun ini, demi mencari barakah dibulan mulia ini, aku dan isteri pasang sedikit strategi. Tahun ini kami berazam untuk hanya berbuka di Masjid. Kebetulan isteri saya tidak pernah merasai suasana berbuka di masjid, pada hari yang pertama pengalaman beliau menjalani liku-liku berbuka di masjid, hati terus sudah terpaut.
Jadi kami mengharapkan dorongan untuk mencari barakah dibulan yang mulia ini berkekalan sehingga ke penghabisan bulan Ramadan.
Sudah dua malam kebelakangan ini,kami di Masjid Baitul Muhabbah (Masjid Proton) dan alhamdulillah semangat itu masih lagi berterusan.
Kebaikan berbuka dimasjid ini banyak. Selain kurniaan pahala yang melimpah ruah, ia dapat menjimatkan wang kerana makanan waktu berbuka ditaja oleh dermawan di kariah kawasan sekeliling masjid . Makanan biasanya akan berlebihan dimana kami boleh simpan untuk waktu sauh nanti.
Dimasjid biasanya kita tak makan banyak sebab nanti orang kata kita buruk lantak. Jadi dapat lah kita jaga bentuk tubuh badan yang langsing sedikit.
Di masjid kita tidak dilalaikan dengan program-program yang menarik di TV. Maka nak menunaikan solat terawikh itu takde lah liat sangat. Biasanya sambil menunggu waktu isyak, dapat jugalah kita memenuhi masa membaca Al-Quran atau buku-buku agama. Dengan ini dapatlah kita menambah pahala amalan dibulan ramadan.
Dibulan ini rajin-rajinkan diri bersedekah sebab pada hari biasa, pahala sedekah itu ibarat sebiji benih yang ditanah dimana ia akan menumbuhkan 7 tangkai dan setiap tangkai akan mempunyai 100 biji. Namun dibulan Ramadan, pahala tersebut akan digandakan sebanyak 70 kali ganda.
Kadang-kadang dalam melangsungkan solat terawikh ada diselitkan tazkirah, pahala orang yang menghadiri majlis ilmu dibulan Ramadan adalah setu langkah bersamaan dengan paha setahun ibadah. Subahanallah.... Maha suci Allah.
Aku doakan diriku, isteriku, keluargaku, kedua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku, saudara-mara serta rakan-rakanku dan umat islam umumnya kan mendapat barakah dan pahala yang banyak dibulan yang mulia ini.
Sekian...